Tuesday, June 23, 2009

Solat Sunat Awal Bulan Rejab

Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesiapa solat 60 rakaat dalam bulan Rejab, iaitu 2 rakaat pada setiap malam dengan membaca surah al-Fatihah ( 1x )
surah al-kafirun (3x)
surah al-Ikhlas (1x)
pada setiap rakaatnya, kemudian setelah salam membaca,

Tiada tuhan selain Allah satu-satunya, tiada sekutu baginya, milik-Nya kerajaan, dan bagi-Nya segala pujian, Dialah yang menghidupkan dan mematikan, Dia hidup dan tidak akan mati, ditangan-Nya segala kebaikan dan Dia berkuasa atas segala sesuatu, kepada-Nyalah semua kembali, tiada yang berkuasa dan tiada pula yang mempunyai kekuatan selain Allah yang maha tinggi lagi maha Agung. Sampaikanlah salam sejahtera kepada Muhammad s.a.w dan keluarganya.

Kemudian dia mengusap wajahnya dengan kedua tangannya, maka Allah akan mengabulkan doanya dan memberinya pahala 60x haji dan umrah.

Dalam bulan Rejab iaitu pada hari Khamis minggu pertama disunatkan solat 12 rakaat. Dianjurkan berpuasa pada siang hari Khamis, dan sesudah Isya dirikanlah solat sunat tersebut.

Solat Awal Bulan Rejab

Lafaz niat solat ini adalah seperti berikut:
"Usalli sunnatan rajabirrak'ataini lillahi ta'ala"

Ertinya: Sahaja aku solat sunat Rejab 2 rakaat kerana Allah taala

Rakaat pertama:
Baca surah al-Fatihah dan ssesudah itu baca surah al-Qadr (3x)
Rakaat kedua:
Baca surah al-Fatihah dan ssesudah itu baca surah al-Ikhlas

Dirikanlah Solat Sunat Rejab hingga cukup 12 rakaat