Monday, July 26, 2010

Istimewanya Wanita Islam

Kaum hawa berkata, susah menjadi perempuan Islam, lihat saja peratuan dibawah ini :- Perempuan auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki,
Perempuan perlu meminta izin suaminya apabila mau keluar rumah, tetapi tidak sebaliknya, Perempuan saksinya kurang dibanding lelaki,
Perempuan menerima warisan setengah dari lelaki,
Perempuan perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak,
Perempuan wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat kepada isterinya,
Talak terletak ditangan suami dan bukan ditangan isteri,
Perempuan kurang dalam beribadah karena masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Hakikatnya..
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan disayangi serta disimpan ditempat yang selamat dan terbaik. Tentunya intan permata tidak akan dibiarkan terserak bukan? Demikian halnya dengan perempuan dan auratnya.

Perempuan perlu taat kepada suaminya, tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang perempuan?

Perempuan menerima warisan setengah dari lelaki, tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima warisan, perlu menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Perempuan perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala mahluk, malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini,dan jika meninggal karena melahirkan adalah syahid.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan diminta pertanggung jawabnya terhadap 4 perempuan, iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Sedangkan seorang perempuan, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang perempuan boleh memasuki pintu syurga melalui pintu syurga manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat iaitu sholat 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah, tetapi perempuan jika taat kepada suaminya serta menunaikan tanggung jawabnya kepada Allah, akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berjihad tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya Allah, begitu sayangnya Allah kepada perempuan.