Singkatan nama ‘EM’ bermaksud ‘Effective Microorganisms’ atau bakteria baik. EM-1 adalah hasil mikrob pelbagaiguna. EM-1 mengandungi microorganisms hidup yang akan membiak sekiranya terdapat makanan dan persekitaran yang sesuai. Oleh itu, anda sendiri boleh mengaktifkan dan menambah populasi EM-1. Ini menunjukkan bahawa EM-1 adalah produk yang ekonomikal dari segi penggunaan dan kos.
Dalam aplikasi EM-1, penambahan kepadatan mikrob yang berguna ke dalam medium seperti tanah, air dan bahan organic adalah kunci untuk kejayaan EM-1. Oleh itu, dengan mengaktifkan EM-1 (Activated EM-1) adalah sangat ekonomi untuk penggunaan berskala besar dan hasilnya kita akan mendapat EMAS (EM-Activated Solution).
Kelebihan menggunakan EM-1 untuk penguraian ammonia. Ammonia adalah bahan antioksida, ia mereputkan dan menggalakkan pertumbuhan mikrob pathogen. EM mempunyai kesan antioksida yang kuat ke atas najis binatang. Kesan antioksida ini akan melawan pereputan dan menghalang bau busuk. Tambahan pula EM terbukti menggalakkan pertumbuhan mikrob berguna yang mana akan menghalang pertumbuhan bacteria pathogen.
Terdapat di dalam minuman yogurt, vitagen, yakult, ABC kultur.....ini suma adalah ‘bakteria baik’ terdapat dapat minuman tersebut. Kita sudah tahu minuman ini bagus untuk sistem pencernaan kita dengan mengawal pertumbuhan ‘bakteria jahat’ dalam sistem pencernaan. Kaedah ini digunakan pula pada sektor pertanian, perikanan dan penternakan bagi menghasilkan produk yang bermutu dan tiada kesan sampingan.
Penggunaan racun serangga, baja kimia, disinfektan dan antibiotik boleh tinggalkan kesan yang negatif pada pengguna seperti kanser dan pelbagai kompilasi lain. Untuk makluman anda EM ini digunakan pada semua sistem pengurusan projek and sebagai contoh Penternak Kambing, EM ini boleh digunakan dari awal seperti disembur pada kandang, lantai, bumbung, tiang, dan kawasan sekeling. Diberi minum, sembur pada kambing dan juga tahi @tinja kambing. Dengan hanya guna satu produk sahaja untuk semua pengurusan.Apakah kandungan dalam EM atau Probiotik?Probiotik @ EM adalah suplemen diet yang mengandung bakteria yang berguna dengan asid laktik bakteria (lactic acid bacteria – LAB) sebagai mikrob yang paling umum dipakai. LAB telah dipakai dalam industri makanan bertahun-tahun kerana mereka mampu untuk mengubah gula (termasuk laktosa) dan karbohidrat lain menjadi asid laktik.Probiotik @ EM bermaksud bakteria baik atau ‘bakteria baik’. Apabila didefinisikan secara lengkap, probiotik @ EM adalah kultur tunggal atau campuran dari mikroorganisme hidup yang apabila diberikan ke manusia atau ternakan akan berpengaruh baik kerana probiotik @ EM akan merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/bakteri jahat yang ada di usus manusia/ternakan.
Penggunaan dan perancangan berterusan EM yang betul dari peringkat awal membantu operasi ternakan lebih berkesan dengan kos yang minima.
Melaka bakal wajibkan guna teknologi EM
Penggunaan teknologi mikro-organisme berkesan (EM) di kalangan penternak di negeri ini masih belum meluas walaupun ia telah terbukti memberikan banyak kesan positif kepada penternak.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata, walaupun terdapat penternak yang telah menggunakannya tetapi ia masih dalam skala yang kecil.Sehubungan itu, kerajaan negeri telah bersetuju untuk mewajibkan penggunaan teknologi EM di kalangan penternak di seluruh Melaka seperti yang dilaksanakan di negeri Johor sejak tiga tahun lalu.
''Kebanyakan pengusaha enggan menggunakan EM secara sukarela kerana beranggapan ia akan menambahkan kos operasi dan mengakibatkan kerugian sedangkan ia adalah sebaliknya.''Sebab itulah kita akan wajibkan teknologi EM yang menjadi penyelesaian terbaik kepada masalah pencemaran bau ternakan yang memberi manfaat kepada penternak, alam sekitar dan masyarakat awam," katanya di sini baru-baru ini.Menurut Mohd. Hidhir, teknologi EM tidak mengandungi bahan kimia dan selain selamat serta mesra alam, ia juga berkesan digunakan dalam semua projek penternakan, pertanian dan perikanan.
''Ia selamat digunakan sama ada melalui pemberian makanan dan minuman ternakan, semburan pada kawasan pengeluaran termasuk longkang dan lantai reban atau kandang mahupun sekiranya terkena kepada manusia.''
EM juga boleh digunakan untuk memproses najis ternakan menjadi baja kompos atau merawat kolam kumbahan di ladang seperti yang pernah digunakan untuk mengurangkan pencemaran bau di Sungai Melaka," katanya.Mengulas agar pelaksanaannya memberi kesan, Mohd. Hidhir berkata, antara langkah yang dicadangkan ialah melantik Institut Bioteknologi Melaka (IBM) sebagai badan induk yang mengawal selia perjalanan program EM di setiap agensi di negeri Melaka.''IBM juga akan diminta supaya dapat mengeluarkan produk EM dengan satu standard kualiti yang dapat diguna pakai oleh semua pengusaha ternakan dan pertanian selain mengadakan usaha sama dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan universiti tempatan yang telah berupaya mengeluarkan EM.''
Jabatan Veterinar, Pertanian dan Perikanan negeri Melaka pula akan memantau dan menyelia penggunaan EM di kalangan penternak termasuk menyebarkan maklumat, memberi khidmat nasihat dan memberi latihan kepada mereka," katanya.Tambahnya, sebagai permulaan keutamaan pelaksanaan EM akan dikuatkuasakan ke atas ladang-ladang ternakan yang menimbulkan gangguan kepada orang awam sebelum diperluas kepada semua ladang ternakan.