Friday, October 16, 2009

EM-Activated Solution

Singkatan nama ‘EM’ bermaksud ‘Effective Microorganisms’ atau bakteria baik. EM-1 adalah hasil mikrob pelbagaiguna. EM-1 mengandungi microorganisms hidup yang akan membiak sekiranya terdapat makanan dan persekitaran yang sesuai. Oleh itu, anda sendiri boleh mengaktifkan dan menambah populasi EM-1. Ini menunjukkan bahawa EM-1 adalah produk yang ekonomikal dari segi penggunaan dan kos.

Dalam aplikasi EM-1, penambahan kepadatan mikrob yang berguna ke dalam medium seperti tanah, air dan bahan organic adalah kunci untuk kejayaan EM-1. Oleh itu, dengan mengaktifkan EM-1 (Activated EM-1) adalah sangat ekonomi untuk penggunaan berskala besar dan hasilnya kita akan mendapat EMAS (EM-Activated Solution).

Kelebihan menggunakan EM-1 untuk penguraian ammonia. Ammonia adalah bahan antioksida, ia mereputkan dan menggalakkan pertumbuhan mikrob pathogen. EM mempunyai kesan antioksida yang kuat ke atas najis binatang. Kesan antioksida ini akan melawan pereputan dan menghalang bau busuk. Tambahan pula EM terbukti menggalakkan pertumbuhan mikrob berguna yang mana akan menghalang pertumbuhan bacteria pathogen.

Terdapat di dalam minuman yogurt, vitagen, yakult, ABC kultur.....ini suma adalah ‘bakteria baik’ terdapat dapat minuman tersebut. Kita sudah tahu minuman ini bagus untuk sistem pencernaan kita dengan mengawal pertumbuhan ‘bakteria jahat’ dalam sistem pencernaan. Kaedah ini digunakan pula pada sektor pertanian, perikanan dan penternakan bagi menghasilkan produk yang bermutu dan tiada kesan sampingan.

Penggunaan racun serangga, baja kimia, disinfektan dan antibiotik boleh tinggalkan kesan yang negatif pada pengguna seperti kanser dan pelbagai kompilasi lain. Untuk makluman anda EM ini digunakan pada semua sistem pengurusan projek and sebagai contoh Penternak Kambing, EM ini boleh digunakan dari awal seperti disembur pada kandang, lantai, bumbung, tiang, dan kawasan sekeling. Diberi minum, sembur pada kambing dan juga tahi @tinja kambing. Dengan hanya guna satu produk sahaja untuk semua pengurusan.Apakah kandungan dalam EM atau Probiotik?Probiotik @ EM adalah suplemen diet yang mengandung bakteria yang berguna dengan asid laktik bakteria (lactic acid bacteria – LAB) sebagai mikrob yang paling umum dipakai. LAB telah dipakai dalam industri makanan bertahun-tahun kerana mereka mampu untuk mengubah gula (termasuk laktosa) dan karbohidrat lain menjadi asid laktik.Probiotik @ EM bermaksud bakteria baik atau ‘bakteria baik’. Apabila didefinisikan secara lengkap, probiotik @ EM adalah kultur tunggal atau campuran dari mikroorganisme hidup yang apabila diberikan ke manusia atau ternakan akan berpengaruh baik kerana probiotik @ EM akan merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/bakteri jahat yang ada di usus manusia/ternakan.
Penggunaan dan perancangan berterusan EM yang betul dari peringkat awal membantu operasi ternakan lebih berkesan dengan kos yang minima.

Melaka bakal wajibkan guna teknologi EM

Penggunaan teknologi mikro-organisme berkesan (EM) di kalangan penternak di negeri ini masih belum meluas walaupun ia telah terbukti memberikan banyak kesan positif kepada penternak.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata, walaupun terdapat penternak yang telah menggunakannya tetapi ia masih dalam skala yang kecil.Sehubungan itu, kerajaan negeri telah bersetuju untuk mewajibkan penggunaan teknologi EM di kalangan penternak di seluruh Melaka seperti yang dilaksanakan di negeri Johor sejak tiga tahun lalu.

''Kebanyakan pengusaha enggan menggunakan EM secara sukarela kerana beranggapan ia akan menambahkan kos operasi dan mengakibatkan kerugian sedangkan ia adalah sebaliknya.''Sebab itulah kita akan wajibkan teknologi EM yang menjadi penyelesaian terbaik kepada masalah pencemaran bau ternakan yang memberi manfaat kepada penternak, alam sekitar dan masyarakat awam," katanya di sini baru-baru ini.Menurut Mohd. Hidhir, teknologi EM tidak mengandungi bahan kimia dan selain selamat serta mesra alam, ia juga berkesan digunakan dalam semua projek penternakan, pertanian dan perikanan.

''Ia selamat digunakan sama ada melalui pemberian makanan dan minuman ternakan, semburan pada kawasan pengeluaran termasuk longkang dan lantai reban atau kandang mahupun sekiranya terkena kepada manusia.''

EM juga boleh digunakan untuk memproses najis ternakan menjadi baja kompos atau merawat kolam kumbahan di ladang seperti yang pernah digunakan untuk mengurangkan pencemaran bau di Sungai Melaka," katanya.Mengulas agar pelaksanaannya memberi kesan, Mohd. Hidhir berkata, antara langkah yang dicadangkan ialah melantik Institut Bioteknologi Melaka (IBM) sebagai badan induk yang mengawal selia perjalanan program EM di setiap agensi di negeri Melaka.''IBM juga akan diminta supaya dapat mengeluarkan produk EM dengan satu standard kualiti yang dapat diguna pakai oleh semua pengusaha ternakan dan pertanian selain mengadakan usaha sama dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan universiti tempatan yang telah berupaya mengeluarkan EM.''

Jabatan Veterinar, Pertanian dan Perikanan negeri Melaka pula akan memantau dan menyelia penggunaan EM di kalangan penternak termasuk menyebarkan maklumat, memberi khidmat nasihat dan memberi latihan kepada mereka," katanya.Tambahnya, sebagai permulaan keutamaan pelaksanaan EM akan dikuatkuasakan ke atas ladang-ladang ternakan yang menimbulkan gangguan kepada orang awam sebelum diperluas kepada semua ladang ternakan.

Wednesday, September 23, 2009

Taklik - Pelindung Hak Wanita

Perjanjian yang dibuat sebelum perkahwinan adalah dibenarkan dalam Islam. Ianya bertujuan menjamin hak dan kepentingan pihak isteri sekiranya beliau diceraikan. Di dalam Islam, suami hendaklah berbuat baik kepada isteri kerana sebaik-baik di kalangan umat Islam ialah mereka yang berbuat baik kepada isteri.

Perkahwinan adalah satu ikatan suci yang amat diredai Allah dan digalakkan oleh Allah kerana perkahwinan itu memberi banyak hikmah dan ketenangan kepada lelaki dan wanita. Allah menciptakan manusia berpasangan dan suami dan isteri itu boleh hidup dalam keadaan mawaddah dan rahmah sekiranya perkahwinan itu bahagia dan berlandaskan kepada syariat dan tuntutan Islam.

Namun demikian, seorang wanita boleh membuat perjanjian sebelum perkahwinan dengan perkara tertentu demi menjamin hak beliau dengan lebih terperinci. Di dalam terma Islam ianya disebut akad taklik di mana syarat-syarat tertentu diberikan oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki sekiranya ingin berkahwin dan ianya akan mengikat kedua belah pihak.

Sekiranya perjanjian atau syarat itu dimungkiri atau dilanggar, maka pihak yang menuntut boleh menuntut di Mahkamah Syariah terhadap pihak yang melanggar terma perjanjian. Dengan erti kata lain, isteri akan berhak mendapat cerai dalam keadaan tertentu sekiranya suami melanggar syarat yang telah dipersetujui oleh pihak-pihak itu dalam perjanjian perkahwinan. Ianya juga dikenali sebagai Tafwid Al' Talak.

Perjanjian ini boleh dikuatkuasakan di Mahkamah kerana perjanjian itu mengikat di antara pihak-pihak yang bertikai. Perjanjian tersebut juga mestilah disetemkan dan disaksikan oleh saksi-saksi yang adil dan boleh dipercayai. Suami dan isteri boleh membuat perjanjian berdasarkan firman Allah Taala di dalam Surah al-Nisa ayat yang bermaksud: Dan jika seorang wanita khuatir akan nusus (atau sikap tidak acuh) dari suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka), walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir. Dan jika kami bergaul dengan isterimu secara baik dan memelihara dirimu (dari nusus), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui yang kamu kerjakan.

Uqbah bin Amir (r.a) meriwayatkan Rasulullah sebagai bersabda: Syarat yang paling patut dipenuhi oleh isterimu ialah menjadikan persetubuhan (dengan isterimu) halal (untukmu) - (Sahih Muslim, Kitab Nikah Hadis 3302 Sunan Abu Dawud, Kitab An-Nikah Hadis 2134)
Ulasan Ahmad Hassan Sunan Abu Dawud ini: Syarat yang dikenakan oleh pihak isteri semasa perkahwinan atau janji seorang lelaki beri sebelum perkahwinan mestilah dipatuhi. Misalnya, seorang perempuan berkahwin dengan syarat bahawa suaminya tidak akan membawanya pergi dari tempat di mana dia hendak tinggal. Suami itu hendaklah mematuhi syarat ini. Di sisi undang-undang, dia tidak boleh membawa isterinya dari kawasan di mana perempuan itu tinggal. Suami itu hanya boleh berbuat demikian dengan persetujuan isterinya. Harus diingat bahawa syarat yang dikenakan pada masa perkahwinan itu hendaklah sesuatu yang sah seperti mas kahwin, nafkah dan cara hidup yang baik.

Jika terdapat janji dan syarat bahawa pihak isteri mempunyai kuasa untuk menceraikan dirinya sendiri maka isteri dikira mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, sekiranya pihak suami tidak memenuhi janji dan syarat dan janji tersebut mengikat kepada pihak-pihak dalam perkahwinan.

Taklik di Malaysia hanya terhad kepada beberapa syarat dan janji seperti yang terdapat dalam Surat Perakuan Nikah pengantin seperti berikut :
a. Suami tidak memberi nafkah sebanyak 4 bulan berturut-turut atau lebih.
b. Suami meninggalkan isteri
c. Suami mencedera dan menyakiti isteri Peruntukan dalam Undang-Undang di Malaysia seperti Seksyen 50 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan bahawa perempuan yang bersuami berhak mendapat perceraian sekiranya sabit syarat-syarat taklik ke atas beliau.

Begitu juga peruntukan di dalam Seksyen 21 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan 1983. Namun yang demikian, Seksyen 22 Akta Undang-Undang Keluarga Islam WP 1984 menyatakan bahwa Pendaftar hendaklah mencatatkan taklik yang telah ditetapkan atau butir-butir taklik lain yang dikira sesuai dan munasabah olehnya bagi membantu hak-hak beliau terpelihara dan terjamin dan penganiayaan terhadap mereka dapat dikurangkan dan beliau berhak mendapat cerai taklik jika ianya dimungkiri.

Oleh yang demikian, perjanjian yang dibuat oleh seseorang perempuan sebelum berkahwin dibolehkan dalam Islam kerana Islam itu sendiri menjamin hak dan kepentingan wanita Islam daripada dianiaya oleh suami sendiri. Islam juga tidak mahu seseorang wanita itu tidak terbela nasib diri dan anak-anaknya selepas beliau diceraikan.

Di antara butir-butir perjanjian yang boleh dibuat oleh seorang wanita sebelum perkahwinan ialah berkaitan dengan:

a. Hak Hartai.
i. Berapakah nafkah yang akan diberikan selepas bercerai - Bahagian IV Undang-Undang Keluarga Islam WP 1984 dari Seksyen 59-80 memberi peruntukan-peruntukan mengenai nafkah isteri dengan jelas dan terperinci.
ii. Hak berkenaan dengan harta sepencarian - Seksyen 58 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 memberi kuasa kepada Mahkamah untuk membuat perintah berkenaan dengan harta sepencarian yang mana ianya adalah hasil usaha sama di antara piak-pihak yang bertikai supaya ia dapat dibahagikan atau harta itu dijual supaya hasil daripada penjualan dapat dibahagi antara mereka.

b. Mas Kahwin dan Pemberian
Seksyen 21 Akta yang sama memastikan hak wanita terhadap perkahwinan serta pemberian-pemberian di catat dengan lebih teratur agar ianya dapat dipastikan dengan tepat jika ianya dibayar atau dijelaskan. Jika belum maka senanglah untuk dibuat tuntutan jika berlaku kemungkiran atau pertikaian catatan-catatan tersebut.
Seksyen 57 diperuntukan sebagai pengukuhan kepada seksyen 21 terdahulu.

c. Poligami
Seksyen 23 memperuntukan secara jelas dan terperinci bahawa seorang lelaki yang ingin berkahwin dengan perempuan lain harus mendapat persetujuan bertulis daripada Hakim Syarie dan beliau harus memenuhi beberapa syarat untuk mendapatkan kebenaran berpoligami. Antaranya beliau harus menyatakan alasan-alasan beliau untuk berkahwin lagi. Butir-butir komitmen dan kewajipan beliau serta izin atau kebenaran daripada isteri yang terdahulu. Ini kerana Mahkamah akan memanggil pihak isteri untuk menanyakan pandangan dan persetujuan beliau berkenaan dengan perkara ini dan pengakuan isteri mengenai kemampuan suami untuk berlaku adil. Walaupun Islam membenarkan poligami Mahkamah menetapkan undang-undang yang sedemikian bagi menjamin hak isteri daripada diperlakukan oleh suami dengan sewenang-wenangnya.

Oleh itu bakal isteri boleh membuat perjanjian sekiranya selepas perkahwinan suami ingin berkahwin lain, beberapa syarat tentang harta, kewajipan, masa giliran dan lain-lain boleh dimasukkan dalam perjanjian tersebut.

d.Hadanah dan Nafkah Anak-Anak
Para isteri boleh menetapkan dalam perjanjian mereka bahawa sekiranya mereka akan diceraikan secara talak maka hak-hak mengenai penjagaan anak -anak dan nafkah mereka haruslah dinyatakan dan diperincikan terlebih dahulu.

e. Tebus Talak atau KhulukSeksyen 49 memberi peluang kepada isteri untuk menebus talak diri mereka sekiranya suami tidak mahu mentalakkan mereka dengan rela. Oleh yang demikian, isteri boleh meletakkan perkara ini di dalam perjanjian sebelum perkahwinan bahawa beliau boleh menebus diri mereka untuk bercerai sekiranya suami enggan menceraikan mereka.


- Tentuan Zulkifli Yong Azmi & Co.Sisters In Islam, No. 25 Jalan 5/31, 46000 Petaling Jaya Selangor atau telefon 03-7960 4485 atau e-mail: bantuanguaman@sistersinislam.org.my

Monday, August 17, 2009

Solat Sunat Istikarah

Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.
Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis:
Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:


“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”


Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.


Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;


Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)

Klik untuk dibesarkan

Terjemahan Doa':

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya.
Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.
(Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Monday, August 3, 2009

Doa Dibaca Ketika Penyakit Menular

Klik pada gambar untuk dibesarkan

Thursday, July 30, 2009

Nisfu Syaaban

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib, Solat sunat nisfu sya'aban 2 rakaat:

Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Thursday, July 2, 2009

Sebat dan rejam kerana zina

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati orang yang sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yang dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Cara Rasulullah Minum

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yang besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dengan air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yang panas, sebabnya sama diatas.

Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Tuesday, June 23, 2009

Solat Sunat Awal Bulan Rejab

Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesiapa solat 60 rakaat dalam bulan Rejab, iaitu 2 rakaat pada setiap malam dengan membaca surah al-Fatihah ( 1x )
surah al-kafirun (3x)
surah al-Ikhlas (1x)
pada setiap rakaatnya, kemudian setelah salam membaca,

Tiada tuhan selain Allah satu-satunya, tiada sekutu baginya, milik-Nya kerajaan, dan bagi-Nya segala pujian, Dialah yang menghidupkan dan mematikan, Dia hidup dan tidak akan mati, ditangan-Nya segala kebaikan dan Dia berkuasa atas segala sesuatu, kepada-Nyalah semua kembali, tiada yang berkuasa dan tiada pula yang mempunyai kekuatan selain Allah yang maha tinggi lagi maha Agung. Sampaikanlah salam sejahtera kepada Muhammad s.a.w dan keluarganya.

Kemudian dia mengusap wajahnya dengan kedua tangannya, maka Allah akan mengabulkan doanya dan memberinya pahala 60x haji dan umrah.

Dalam bulan Rejab iaitu pada hari Khamis minggu pertama disunatkan solat 12 rakaat. Dianjurkan berpuasa pada siang hari Khamis, dan sesudah Isya dirikanlah solat sunat tersebut.

Solat Awal Bulan Rejab

Lafaz niat solat ini adalah seperti berikut:
"Usalli sunnatan rajabirrak'ataini lillahi ta'ala"

Ertinya: Sahaja aku solat sunat Rejab 2 rakaat kerana Allah taala

Rakaat pertama:
Baca surah al-Fatihah dan ssesudah itu baca surah al-Qadr (3x)
Rakaat kedua:
Baca surah al-Fatihah dan ssesudah itu baca surah al-Ikhlas

Dirikanlah Solat Sunat Rejab hingga cukup 12 rakaat

Friday, April 17, 2009

Kebesaran Solat 2 Rakaat

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, ka! mu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang
nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.

Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah
dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada
sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Doa Selepas Tasyahud Akhir

Doa ini dibaca selepas selesai membaca tasyahud akhir serta selawat atas nabi Muhammad s.a.w, sebelum memberi salam pertama.
Amalkan, insya Allah kita akan dihindarkan dari segala keburukan ketika masih hidup dan sesudah mati

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَ وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ.

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, aku memohon pada-Mu agar dijauhkan dan diselamatkan aku dari azab kubur, dan dari azab api neraka, dan dari fitnah ketika aku hidup dan aku mati, dan dari fitnah dajjal.

Mengapa Yahudi Bijak - Catatan Dr Stephen Carr Leon

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon


Bacaan Talkin dalam Bahasa Melayu

Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri, kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah..


Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang
kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah!
Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku, malahan solat 5 waktu
,
puasa di bulan Ramadhan,
mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.


Kelebihan Asmaul-Husna

Dari Abdullah bin 'Amr r.a,Rasulullah SAW bersabda: "Sampaikanlah pesanKu biarpun 1 ayat..." Dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama.Sesiapa yang menghafalnya akan masuk syurga." ( Sahih Bukhari )

1."Ya Allah" - apabila dizikirkan sebanyak 500x setiap malam, terutamanya selepas solat Tahajjud @ solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

2."Ya Rahman" ( Maha Pemurah ) - apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x,maka hati kita akan menjadi terang,tenang & sifat-sifat pelupa serta gugup akan hilang dengan izin Allah.

3."Ya Rahim" ( Maha Penyayang ) - apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari,Insya Allah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4."Ya Malik" ( Maha Merajai / Pemerintah ) - apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi @ setelah tergelincirnya matahari,segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredai Allah.

5."Ya Quddus" ( Maha Suci ) - apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi @ setelah tergelincirnya matahari,maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit-penyakit hati seperti sombong,iri hati,dengki dll.

6."Ya Salam" ( Maha Penyelamat ) - apabila dizikirkan sebanyak 136x,InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar,sihat & sejahtera.

7."Ya Mukmin" ( Maha Pengaman ) - apabila dizikirkan sebanyak 236x,insyaAllah diri kita,keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8."Ya Muhamin" ( Maha Pelindung / Penjaga ) - apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah solat fardu Isyak,InsyaAllah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9."Ya Aziz" ( Maha Mulia / Perkasa ) - apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah solat subuh,InsyaAllah kita akan menjadi orang yang mulia,disegani orang kerana penuh kewibawaan.

10."Ya Jabbar" ( Maha Pemaksa ) - apabila dizikirkan setiap pagi & petang,setiap musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.
11."Ya Mutakabbir" ( Maha Besar ) - apabila dizikirkan sebanyak 662x,maka dengan kebijaksanaan bertindak,kita akan dapat menundukkan semua musuh,bahkan mereka akan menjadi pembantu yang setia.

12."Ya Khaliq" ( Maha Pencipta ) - dibaca mengikut kemampuan @ sebanyak 731x,InsyaAllah yang ingin otak cerdas,cepat menerima sesuatu pelajaran,amalan ini akan memberikan otak kita cerdas & cepat faham.

13."Ya Baari" ( Maha Perancang ) - sekiranya kita berada dalam kesusahan & sedang sakit,dibaca sebanyak 1000x selama 7 hari berturut-turut,Insya Allah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

14."Ya Musawwir" ( Maha Menjadikan Rupa Bentuk ) - sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak,maka cubalah ikhtiar dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu.Sewaktu hendak berbuka,ambillah segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x,kemudian minum air tersebut untuk berbuka.Bagi sang suami,hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya berpuasa selama 3 hari.Kemudian sewaktu hendak berjimak,bacalah zikir ini sebanyk 10x,InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.

15."Ya Ghaffaar" ( Maha Pengampun ) - sambil beri'tikaf dalam masjid.bacalah zikir ini sebanyak 100x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat,InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

16."Ya Qahhaar" ( Maha Menundukkan ) - dizikirkan mengikut kemampuan @ sebanyak 306x,maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah, orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

17."Ya Wahhaab" ( Maha Pemberi ) - dizikirkan sebanyak 100x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu berada dalam kesempitan,InsyaAllah segala kesempitan @ kesulitan dalam apa soal pun akan hilang.

18."Ya Razzaq" ( Maha Pemberi Rezeki ) - dizikirkan mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, InsyaAllah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat.Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.

19."Ya Fattah" ( Maha Pembuka ) - dizikirkan sebanyak 71x sesudah selesai solat subuh,InsyaAllah hati kita aka dibuka oleh Allah,sehingga mudah menerima nasihat agama.

20."Ya Aalim" ( Maha Mengetahui ) - dizikir sebanyak 100x setiap kali selesai solat Maktubah, InsyaAllah aka mendapat kemakrifatan yang sempurna.

21."Ya Qaabidhu" ( Maha Penyempit Hidup )- Dizikirkan 100x setiap hari,maka diri akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22."Ya Baasithu" ( Maha Pelapang Hidup ) - Bagi mereka yang berniaga @ mempunyai usaha-usaha lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini,InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.

23."Ya Khaa'fidh" ( Maha Penghina ) - dizikirkan sebanyak 500x setiap hari dalam keadaan bersuci, khusyuk & tawadu',InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah.Juga apabila mempunyai musuh,musuh itu akan jatuh martabatnya.

24."Ya Raafi" ( Maha Tinggi ) - dizikirkan setiap hari baik siang @ malam sebanyak 70x, InsayAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai @ di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

25."Ya Mu'izz" ( Maha Pemberi Kemulian / Kemenangan ) - dizikirkan sebanyak 140x setiap hari,InsyaAllah akan memperoleh kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan @ perniagaan.

26."Ya Muzill" ( Maha Merendahkan ) - Perbanyakkanlah ziir ini setiap hari, sekiranya ada orang yang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya,InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

27."Ya Samii" ( Maha Mendengar )- Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari mengikut kemempuan, lebih2 lagi sesudah solah Dhuha,InsyaAllah doa akan mustajab.

28."Ya Bashiir" ( Maha Melihat ) - dizikirkan sebanyak 100x sebelum solat Jumaat,InsyaAllah akan menjadiakn kita terang hati, cerdas otak & selalu diberiakan taufik & hidayah dari Allah.

29."Ya Hakam" ( Maha Menghukum ) - dizikirkan sebanyak 68x pada tengah malam dalam keadaan bersuci,InsyaAllah akan membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu2 agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu2 agama.

30."Ya Adllu" ( Maha Adil ) - dizikirkan sebanyak 104x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

31."Ya Lathiif" ( Maha Halusi ) - dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.

32."Ya Khabiir" ( Maha Waspada ) - dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari,terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman @ anak yang telah terpisah sekian lama.

33."Ya Haliim" ( Maha Penyantun ) - dizikirkan sebanyak 88x selepas solat 5 waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat @ apa saja, InsayAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar @ diungkit-ungkitkan @ tergugat.

34."Ya 'Aziim" ( Maha Agong ) - dizikirkan sebanyak 12x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh.Juga apabila dibaca 12x kemudian ditiup pada tangan lalu diusap2 pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, sayitan & sebagainya.

35."Ya Ghafuur" ( Maha Pengampun ) - bagi orang yang bertaubat,hendakalah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa2 & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

36."Ya Syakuur" ( Maha Pengampun ) - dizikirkan sebanyak 40x sehabis solat hajat,sebagai ucapan terima kasih kepada Allah,InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah.Lakukan setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.

37."Ya 'Aliy" ( Maha Tinggi MartabatNya ) - untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal,tulislah zikir ini senbanyak 110x ( dalam bahasa ARAB bukannya bhasa MALAYSIA!!! ) lalu direndamkan pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya,InsyaAllah lama kelamaan otak anak akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi.InsyaAllah mujarab.

38."Ya Kabiir" ( Maha Besar )- Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas @ dilucutkan gara2 sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1000x selama 7 hari berturut2 dalam keadaan bersuci sebagai pengaduan kepada Alah.Lakukan sesudah solat tahajjud @ hajat.

39."Ya Hafiiz" ( Maha Pelindung ) - dizikirkan sebanyak 99x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila berada dalam hutan.

40."Ya Muqiit" ( Maha Pemberi Keperluan ) - Sekiranya kita berada dalam keadaan kelaparan seperti kita sesat dalam hutan @ dimana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkanlah zikir ini.InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

41."Ya Hasiib" ( Maha Mencukupi ) - untuk memperteguhkan kedudukan yang kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah, kedudukan kita akan teguh tanpa sebarang gangguan.

42."Ya Jaliil" ( Maha Luhur ) - barangsiapa yang mengamalkan zikir ini 1/3 malam terakhir, sebanyak 73x, InsyaAllah kita akan mendapati perubahan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Anda seorang pegawai,maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi & terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

43."Ya Kariim" ( Maha Mulia ) - untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia & di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280x ketika hendak masuk tidur.InsyaAllah Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

44."Ya Raqiib" ( Maha Pengawas ) - bagi meminta pertolongan daripada Allah terhadap penjaga barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan ini sebanyak 50x setip hari dengan niat agar barang2 yang dikhuatirkan yang berada di tempat2 yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lain.Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah...

45."Ya Mujiib" ( Maha Mengkabulkan ) - sesungguhnya Allah adalah zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55x sesudah solat subuh.InsyaAllah doa kita dimakbulkan Allah.

46."Ya Waasi' " ( Maha Luas PemberianNya ) - apabila berada dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah.Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita daripada hasad dengki sesama makhluk.

47."Ya Hakiim" ( Maha Bijaksana )- Bagi pelajar @ sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkan sekurang2nya 300x setiap hari.

48."Ya Waduud" ( Maha Pencinta )- amalkan zikir ini sebanyak 11,000x setiap malam. Insya Allah kita akan menjadi insan yang bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa dalam keadaan aman & harmoni, dikabulkan segala hajat.

49."Ya Majiid" ( Maha Mulia ) - untuk mententeramkan keluarga di mana setiap anggota sentiasa menyayangi & menghormati, khususnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebnyak 99x, sesudah itu hembuskanlah kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka.InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50."Ya Baa'its" ( Maha Membangkitkan ) - zikirkan sebanyak 100x dengan meletakkan kedua belah tangan ke dada, InsyaAllah tuhan akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51."Ya Syahiid" ( Maha Menyaksikan ) - apabila ada di kalangan keluarga kita yang suka membangkang & sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya. 52."Ya Haq" ( Maha Benar ) - perbanyakkanlah zikir ini,InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

53."Ya Wakiil" ( Maha Berserah ) - sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat @ terjadi gempa, maka perbanyakkanlah zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.

54."Ya Qawiy" ( Maha Memiliki Kekuatan ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berhadapan dengan sebarang keadaan mahupun berhadapan dengan si zalim.

55."Ya Matiin" ( Maha Sempurna Kekuatannya ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana ia mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

56."Ya Waliy" ( Maha Melindungi ) - barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan @ kedudukan, maka amat elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya, kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

57."Ya Hamiid" ( Maha Terpuji ) - perbanyakkanlah zikir ini ebagai pengakuan bahawa Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

58."Ya Muhshiy" ( Maha Menghitung ) - sekiranya kita inginkan diri kita digolong di dalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah ( muraqabah ), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin selepas solat 5 waktu.

59."Ya Mubdiu" ( Maha Memulai / Pemula )- agar segala apa yang kita rancang akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470x setiapa hari. InsyaAllah...

60."Ya Mu'id" ( Maha Mengembalikan ) - andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri & sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan hasilnya.
6
1."Ya Muhyiy" ( Maha Menghidupkan ) - amalkan zikir ini sebanyak 58x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberi kemuliaan darjat di dunia & akhirat kelak.

62."Ya Mumiit" ( Maha Mematikan ) - barangsiapa yang memperbanyakkan zikir ini,InsyaAllah akan dipermudahkan di dalam perniagaan, berpolitik & sebagainya.

63."Ya Hayyu" ( Maha Hidup ) - untuk mencapai kekuatan mental / batiniah di dalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

64."Ya Qayyuum" ( Maha Berdiri Denagn SendiriNya ) - telah berkata Imam Ghazali ra bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dengan "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1000x setiap malam @ selang sehari.Hendaklah dilakukan secara berterusan, InsyaAllah akan tercapai segala hajat.

65."Ya Wajiid" ( Maha Menemukan ) - andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & kukuh pendirian, maka perbanyakkanlah zikir ini.

66."Ya Majiid" ( Maha Mulia ) - demi kecergasan otak & agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

67."Ya Waahid" ( Maha Esa ) - bagi pasangan yang belum mempunyai cahaya mata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkan zikirkan ini sebanyak 190x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama 1 bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, InsyaAllah...

68."Ya Somad" ( Maha Diminta ) - ketika dalam kelaparan akibat sesat @ kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin.InsyaAllah, diri akan berrasa segar.

69."Ya Qaadir" ( Maha Kuasa ) - apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305x setiap hari, InsyaAllah segala hajat akan berhasil.

70."Ya Muqtadir" ( Maha Menentukan ) - agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahiriah, maka berzikirlah dengan zikir ini sebeberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikr ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

71."Ya Muqaddim" ( Maha Mendahulukan ) - menurut imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata"Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".

72."Ya Muahkhir" ( Maha Melambat-lambatkan ) - bagi meningkatkan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.

73."Ya Awwal" ( Maha Pemulaan ) - barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 27x setiap hari, InsyaAllah segala yang dihajati akan diperkenankan Allah.

74."Ya Aakhir" ( Maha Penghabisan ) - amalkan zikir ini sebanyak 200x sesudah solet 5 waktu selama 1 bulan, InsyaAllah tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75."Ya Dhaahir" ( Maha Menyatakan ) - amalkan zikir ini sebanyak 1106x sesudah solat waktu di tempat yang sunyi ( khalwat ), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76."Ya Bathinu" ( Maha Tersembunyi ) - Untuk ilmu yang jarang dimiliki oleh manusia biasa, dibaca untuk setiap ba'da solat fardu lima waktu sebanyak 30x, pasti akan dikabulkan ilmu-ilmu yang jarang dimiliki oleh manusia biasa.

77."Ya Waaliy" ( Maha Menguasai Urusan ) - memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini.

78."Ya Muta'aAliy" ( Maha Suci / Tinggi ) - sekirnya kita berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi @ yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap.InsyaAllah dengan mudaj kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting2 akan berhasil.

79."Ya Bar" ( Maha Bagus [ Sumber Segala Kelebihan ] ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin setiap hari.InsyaAllah segala yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80."Ya Tawwaab" ( Maha Penerima Taubat ) - bagi orang yang selalu buat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81."Ya Muntaqim" ( Maha Penyiksa ) - Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya kepada kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. InsyaAllah, kita akan mendapat pertolongan Allah.

82."Ya 'Afuww" ( Maha Pemaaf ) - barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya di akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

83."Ya Rauuf" ( Maha Mengasihi ) - bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman @ sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini sebeberapa mampu sama ada waktu siang mahupun malam.

84."Ya Maalikul Mulki" ( Maha Pemilik Kekuasaan ) - seseorang pengarah @ ketua yang ingin kedudukannya kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212x sesudah solat fardhu & 212x pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

85."Ya Zul Jalaali Wal Ikraam" ( Maha Pemilik Keagungan & Kemuliaan ) - amalkan zikir ini sebanyak 65x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86."Ya Muqsith" ( Maha Mengadili ) - berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, Insya Allah tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

87."Ya Jaami" ( Maha Mengumpulkan ) - sekiranya ada dikalangankeluarga kita @ isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut.Dengan izin Allah, orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88."Ya Ghaniy" ( Maha Kaya Raya ) - amalkan zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu mendapat berkat.

89."Ya Mughniy" ( Maha Pemberi Kekayaan ) - mintalah kekayaan yang bermnfat untuk kehidupan di dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

90."Ya Maani" ( Maha Membela / Menolak ) - andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161x pada waktu menjelang subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang zalim & suka membuat angkara.

91."Ya Dhaarr" ( Maha Pembuat Bahaya ) - asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita dalam menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihadapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkan zikir ini sebanyak 1001x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.

92."Ya Naafi" ( Maha Pemberi Manfaat ) - menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barang siapa yang mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93."Ya Nuur" ( Maha Pemberi Cahaya ) - menurut Sheikh Ahmad Muhammad As Shawi, barangsiapa yang mengkehendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikkan di dunia mahupun kebaikkan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

94."Ya Haadiy" ( Maha Pemberi Petunjuk ) - bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke sesuatu tempat tertentu, kemudiannya sesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsuaAllah akan diberikan pertolongan Allah & akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95."Ya Baadii" ( Maha Indah / Tiada Bandingan ) - andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya serta berjalan lancar, maka birzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500x selepas solat fardhu.InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.

96."Ya Baaqy" ( Maha Kekal ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua pekerjan yang telah menjai punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi @ bankrap dengan berkat zikir ini.

97."Ya Waarits" ( Maha Membahagi / Mewarisi ) - sekiranya kita berzikir sebanyak 500x selepas solat fardhu @ sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah peda setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707x. InsyaAllah, berkat zikir ini Allah kan memberi petunjuk sehingga usaha kita berhasil dengan baik & memberangsangkan.
98."Ya Rasyiid" ( Maha Pandai / Bijaksana ) - walaupun kita tergolong didalam golongan yang serdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi lebih cerdas.
99."Ya Shabuur" ( Maha Penyabar ) - agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka berzikirlah dengan zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.

Friday, April 3, 2009

Kaedah Yaasin untuk hajat daripada Dr Fatma Zahra

Di dalam surah Yaasin itu sendiri Allah tegaskan bahawa: Sekiranya Allah menghendaki sesuatu itu terjadi, dengan berkata padanya “kun” maka ia pasti akan berlaku. Alhamdulillah aku juga pernah mengamalkan ilmu ini dan syukur kepada Allah kerana menunaikan hajatku.

Caranya:
1. Mulakan dengan bismillah dan al-fatihah

2. Baca ayat pertama "Yaasin..." dibaca 7 kali

3. Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat 38, ulang akhir ayat tersebut yang bermula dengan “zaalika taqdiru..” sebanyak 12 kali.

4. Teruskan bacaan sehingga ayat 58 dan ulang sebanyak 3 / 7 kali.

5. Akhirnya apabila sampai ayat 82 , ulanginya sebanyak 14 kali.

6. Baca al-Fatihah

7. Berdoa sebarang hajat

8. Baca al-Fatihah

9. Selawat 1 kali

Insya Allah, berdoalah dengan penuh keyakinan...

Yaasin untuk hajat

Kaedah ni aku dapat daripada rakanku salah seorang jemaah umrah ketika kami menunaikan umrah bulan ramadhan tahun lalu. Tujuan dia kongsi ilmu ini dengan aku bagi mendapat jodoh yang terbaik. Alhamdulillah..

Kaedahnya:

1. Mulakan bacaan yaasin seperti biasa

2. Sehingga ayat-58 "Salamun Qaulammirrabbirrahim" ulangi bacaan ayat seberapa banyak dan berdoa dalam hati sebarang hajat

3. Teruskan bacaan sehingga habis

Katanya amalkan setiap hari terutamanya selepas waktu solat subuh dan maghrib.

Yaasin 7 Mubien

Bacaan Yaasin 7 Mubien belum pernah ku amalkan lagi. Insya Allah jika ada kelapangan waktu.

1. Bacaan Yaasin dimulakan dengan bacaan al-Fatihah, selawat 11 kali dan memulakan bacaan sehingga bertemu dengan perkataan mubien yang pertama. Wakaf bacaan tersebut tanpa penutup (صدق الله العظيم).

2. Mulakan semula bacaan surah Yaasin dari awal tanpa bacaan al-Fatihah dan lainnya sehingga bertemu mubien yang pertama tadi. Terus sahaja membaca sehingga anda bertemu dengan perkataan mubien yang kedua. Wakaf bacaan tersebut tanpa penutup.

3. Mulakan bacaan Yaasin dari awal sehingga anda melangkaui perkataan mubien pertama dan kedua kemudian bertemu dengan mubien yang ketiga. Wakaf bacaan tersebut tanpa penutup.

4. Wakaf pada perkataan mubien yang keempat.

5. Wakaf pada perkataan mubien yang kelima.

6. Wakaf pada perkataan mubien yang keenam.

7. Melengkapkan bacaan yaasin secara keseluruhannya (melangkau perkataan mubien yang terakhir tanpa wakaf). Kemudian disudahi dengan bacaan penutup (صدق الله العظيم).

Yaasin 41

Kaedah bacaan Yaasin 41 ini diperturunkan untukku. Aku telah mengamalkannya dan syukur Allah memperkenankan hajatku. Pesan guruku, minta yang baik dapatnya yang baik.

Caranya:

1. Sebelum memulakan bacaan Yaasin, elok dimulakan dengan Isti’azah, Basmalah, kemudian surah al-Fatihah diniatkan untuk Rasulullah dan disusuli pula selawat ke atas baginda sebanyak 11 kali.

2. Baca ayat pertama surah Yaasin 7 Kali - niat dalam hati.

3. Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat 38, ulang akhir ayat tersebut yang bermula dengan “zaalika taqdiru..” 14 kali - niat dalam hati.

4. Teruskan bacaan sehingga ayat 58 dan ulang sebanyak 16 kali - niat dalam hati.

5. Akhirnya apabila sampai ayat 81, ulanginya sebanyak 4 kali - niat dalam hati.

6. Al-Fatihah

7. Doa

Semua sekali ayat-ayat yang diulang itu berjumlah 41 kali (7+14+16+4).

Fadhilat Yasin

Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang..

Ayat 1-9 : Untuk keselamatan diri

Ayat 9 : "Wajaalna...."
Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Lindungi rumah dari pencuri-baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah.. Lindungi diri dari dianiaya. Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur:
-Baca Ayat 9
-Fatihah
-Baca 3 Qul (3x each)
-Ayat Kursi

Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13-35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22-23 : Untuk menjaga aQidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - "In kanat illa...."
Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut. Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.

Ayat 29 : Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah/aniaya kita.Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 : Untuk keinsafan : Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik...
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad,Kita orang Islam dan lain-lain.

Ayat 33-35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam.Tanaman akan subur.

Ayat 36 - "subhanallazi.."
Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Untuk cari jodoh. Caranya baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah:
-Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari
- Ya Wadud (3x)

Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan hati-aQidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45-48 : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba Tiupan kedua - Hancur Tiupan ketiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 : Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 - "Salamun..."
Merupakan salam daripada Allah.
- Jika sakit anggota, tak tenang hati Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit
- Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala.Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 76 - "Falayahzun.."
Bila rasa sedih dan untuk menenangkan hati
- Gosok jantung sambil baca Ayat 76 jika hati rasa sedih,sebak atau pun kecewa.
- Sambil pegang dan urut dada,bacalah ayat tersebut.

Ayat 78-79 : Dikhaskan untuk sakit urat,tulang dan badan.Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata,Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" Bacalah jika sakit tulang,urat atau tulang patah.

Ayat 82 : "Innama amruhu.."
Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu,bacalah 100x.
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tersebut sehingga 40 hari.
Caranya:
- Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air (100x)
- Dan berdoa apa sahaja hajat.

Jika mandul
Untuk mengubati kanser atau ketumbuhan dalam badan, ari method
- Sembahyang tahjud
- Sembahyang hajat
- Doa minta hajat
- Baca ayat 82 (100 x) dengan yakin
- Amalkan 41 malam Wet method (untuk menyembuh penyakit dalam badan)
- Seperti di atas
- Bila baca ayat, tiup dalam air
- Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain
- Doa sambil minum
- Untuk 41 pagi

Thursday, April 2, 2009

Ayat Bagi Mendatangkan 70,000 Malaikat

Bagi sesiapa yang berharap agar Allah s.w.t berkenan menghadirkan 70,000 malaikat kepada dirinya bagi memohonkan rahmat ke atasnya maka hendaklah ia membaca ayat dari surah surah Al-Hasyr Ayat 21-24 setiap solat Maghrib dan Subuh dan masing-masing adalah sebanyak 1 kali.

Maksudnya: Jika sekiranya Kami menurunkan AlQuran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk dan pecah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan itu Kami kemukakan untuk manusia supaya mereka berfikir. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui perkara ghaib dan perkara nyata. Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah allah yang tiada Tuhan selain Dia, Maha Agung, Maha Suci, Maha Sejahtera, Maha Mengurniakan Keamanan, Maha Memelihara, Maha Perkasa, Maha Kuasa, Maha Memiliki segala keagungan. Maha Suci Allah dari segala apa yang mereka sekutukan dengan-Nya. Dialah Allah yang mencipta, mengadakan, membentuk rupa, yang mempunyai nama-nama yang paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa-apa di langit dan di bumi. Dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.