Maksudnya: Jika sekiranya Kami menurunkan AlQuran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk dan pecah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan itu Kami kemukakan untuk manusia supaya mereka berfikir. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui perkara ghaib dan perkara nyata. Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah allah yang tiada Tuhan selain Dia, Maha Agung, Maha Suci, Maha Sejahtera, Maha Mengurniakan Keamanan, Maha Memelihara, Maha Perkasa, Maha Kuasa, Maha Memiliki segala keagungan. Maha Suci Allah dari segala apa yang mereka sekutukan dengan-Nya. Dialah Allah yang mencipta, mengadakan, membentuk rupa, yang mempunyai nama-nama yang paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa-apa di langit dan di bumi. Dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
No comments:
Post a Comment